fb fb fb fb fb

Program Pra Tahfiz TABIKA KEMAS Perlis: Lahir generasi cilik 4M

FOTO FAIL

KANGAR, 4 Januari - Pelaksanaan Program Pra Tahfiz di 55 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) daripada keseluruhan 146 TABIKA yang beroperasi seluruh Perlis sebagai perintis menunjukkan perkembangan sangat positif.

Usaha yang dilaksanakan sejak awal tahun 2024, satu insiatif yang mampu melahirkan murid prasekolah menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul dan mengambil pengajaran.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Kangar Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, penerapan modul Pra Tahfiz menjadi pelengkap kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang perlu dipelajari murid-murid prasekolah sebelum mengikuti pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

Selain menguasai 3M, KEMAS turut menyasarkan anak-anak boleh mengaji dengan baik, menghafaz surah lazim, membuat pertimbangan dengan baik dan mengambil pengajaran tentang segala yang dipelajari hasil tunjuk ajar tenaga pendidik berpengalaman.

Usaha digerakkan itu sepertimana seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimana menjelang 2026, TABIKA KEMAS mampu melahirkan seramai 100,000 huffaz kanak-kanak.

"setidak-tidaknya anak-anak kita ada asas hafalan al-quran dan ada kefahaman tentang perkara-perkara atau pentadbiran Al-Quran secara umum. Itu yang paling penting agar mereka dapat menghayati Al-Quran itu sendiri. Terima kasih kerajaan atas inisiatif ini dan keberkesanan dan impaknya mula terlihat dan mudah-mudahan ia diteruskan dan dikembangkan lagi dan diperkasakan lagi," kata Dr Fathul pada Hari Apresiasi TABIKA KEMAS DUN Indera Kayangan, di sini.

Seramai 57 kanak-kanak mewakili enam TABIKA KEMAS iaitu TABIKA KEMAS Kampung Bakau, TABIKA KEMAS Taman Hijrah, TABIKA KEMAS Kampung Padang Katong, TABIKAKEMAS Taman Kemajuan, TABIKA KEMAS Kampung Pengkalan Asam dan TABIKA KEMAS Taman Jali diraikan.

TETITIA YUSOFF