KOTA BHARU, 4 November -Semua operator dron pertanian disaran memohon lesen kendalian sah daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Ahmad Safuan Bujang berkata, ia bagi memastikan penggunaan dron dijalankan secara selamat dan mengikut peraturan.
Katanya, langkah itu juga sejajar dengan usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan lesen percuma kepada 350 operator dron di seluruh negara menerusi program Jelajah Dron Pertanian 2025 dengan kerjasama CAAM.
 
"Buat masa ini kita fokuskan kepada lesen dulu, mereka perlu tahu peraturan terlibat apa yg perlu di laksanakan untuk digunakan dengan selamat dan sebagainy. kita bangunkan satu modul supaya penggunaan dron Ini melalui lesen yang betul, dipermudahkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Jelajah Dron Pertanian 2025 Zon Timur di Kota Bharu yang di sempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Samad.
 
Melalui modul baharu Remote Certificate of Competency – Agriculture Light (RCOC-AL), peserta akan didedahkan kepada peraturan dan aspek keselamatan ketika mengendalikan dron di kawasan pertanian.