fb fb fb fb fb

Program Podium babit dana RM240 juta, untuk tempoh empat tahun

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Program Podium yang membabitkan dana bernilai RM60 juta setahun yang telah diluluskan oleh kerajaan bakal memberi manfaat kepada 776 atlet yang menyertai program latihan dibawah Majlis Sukan Negara (MSN).

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 142% berbanding hanya 321 atlet sebelum ini.

Peningkatan itu membabitkan 262 atlet normal dan 84 atlet paralimpik negara daripada 41 jenis sukan.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker menjawab soalan Senator Datuk Hisamudin Yahaya, dalam Sidang Dewan Negara pagi tadi.

"26 jenis sukan telah menerima tawaran kontrak baharu bagi menjalani latihan sepenuh masa pada tahun ini. Manakala seramai 430 atlet iaitu terdiri daripada 235 atlet normal 195 atlet para daripada 26 jenis sukan akan menjalani menjalani latihan secara berfasa,"kata Ti Lian Ker.

Program persediaan atlet di bawah MSN telah disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada Sukan SEA Hanoi, Sukan Komanwel Birmingham dan
Sukan Asia Hangzhou dengan tumpuan kepada atlet-atlet yang mampu memenangi kejohanan utama dunia.


(Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker)

Media Baharu