fb fb fb fb fb

Belum terima dos penggalak, 188,162 status akaun pengguna MySejahtera di Kedah berubah kepada imunisasi tidak lengkap bermula esok

ALOR SETAR, 31 Mac- Sebanyak 188,162 akaun pengguna MySejahtera di Kedah akan berubah kepada status imunisasi tidak lengkap bermula 1 April ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Kedah JKKN daripada jumlah itu adalah 111, 858 penerima vaksin Sinovac berumur 18 tahun ke atas belum menerima dos penggalak.

Katanya perubahan status MySejahtera bermula esok juga disebabkan 76,304 warga Malaysia berumur lebih 60 tahun juga masih belum menerima dos penggalak.

Justeru, Dr. Othman Warijo menasihatkan agar orang ramai segera mendapatkan dos penggalak COVID-19 bagi meningkatkan tahap imunisasi badan di samping melindungi diri daripada dijangkiti wabak.

Kerajaan sebelum ini melanjutkan tempoh mereak mendapatkan dos pengalak dari 28 Februari sehingga 31 Mac.


(Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo)

Media Baharu