fb fb fb fb fb

Kedah benarkan operasi Bazar Ramadan

ALOR SETAR, 31 Mac- Bazar Ramadan di Kedah dibenarkan beroperasi pada tahun ini mengikut arahan dan prosedur operasi standard S-O-P ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata, bazar Ramadan di Kedah itu dibenarkan beroperasi bermula jam 3 petang hingga waktu berbuka puasa mengikut ketetapan lokasi PBT masing-masing.

Beliau menerusi kenyataan megharapkan peniaga dan juga pembeli-pembeli di bazar Ramadan dapat mengikut arahan-arahan ataupun SOP yang telah ditetapkan sepert mematuhi penjarakkan fizikal dan mengimbas kod QR MySejahtera.

Katanya, mereka yang mempunyai simptom batuk, selesema atau sakit tekak dinasihatkan tidak menjual ataupun membeli di bazar Ramadan, sebaliknya membuat pemeriksaan diri dengan menggunakan kit ujian pantas dan menjalankan kuarantin kendiri.

Dr Mohd Hayati turut berharap agar masyarakat tidak leka hingga menyebabkan kes jangkitan COVID-19 meningkat walaupun negara kini menuju ke fasa endemik.


(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman)

Media Baharu