KOTA BHARU, 18 September- Penyerahan peranti percuma bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka dapat diselesaikan pada bulan November ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga semalam pihaknya telah menerima lebih 300,000 permohonan bagi fasa satu dan dua.
Jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur.
“Seboleh-bolehnya dalam masa dua minggu ini iaitu dalam bulan September dapat selesai, bagi membolehkan kita mula menyampaikan peranti bagi pemohon-pemohon fasa kedua pada Oktober.
“Jumlah permohonan agak besar mengakibatkan urus setia menghadapi sedikit masalah, dan agak perlahan dalam memproses permohonan,” kata Annuar kepada pemberita selepas sesi pengagihan PerantiSiswa di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas di sini.
(Tan Sri Annuar ditemui berkata Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia terima lebih
300,000 permohonan)
Tambah beliau permohonan tidak akan ditolak.
Memandangkan ramai juga yang bukan daripada golongan berpendapatan rendah B40 membuat permohonan, semakan pusingan kedua akan dibuat.
Permohonan perlu memenuhi syarat berdasarkan pangkalan data.