fb fb fb fb fb

Nasib komuniti India terus dibela dalam pembangunan negara

(Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap pada Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Bukit Jalil/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 September- Komuniti India tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara, itu jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini terbukti apabila kerajaan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan pembangunan bawah Rancangan Boleh Pinda atau 'Rolling Plan' 2 berjumlah RM100 juta bagi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta bagi program Skim Pembangunan Usahawan
Masyarakat India (SPUMI) bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi.

"Sebagai tambahan kepada usaha sedia ada, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi India (JKMPSI) yang dipengerusikan oleh sendiri saya.

"Ini membuktikan Keluarga Malaysia berbangsa India amat penting dalam pentadbiran saya demi meningkatkan taraf hidup, sejajar dengan matlamat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjenlang 2030," kata Ismail Sabri ketika berucap di majlis pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan pameran pencegahan jenayah di Bukit Jalil di sini.

(Nasib komuniti India terus dibela dalam pembangunan negara/BERNAMA)

Majlis tersebut juga dihadiri Presiden MIC Tan Sri Datuk Seri SA.Vigneswaran, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalanan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan.

Turut hadir 15,000 pemuda india dari seluruh negara.

Media Baharu