fb fb fb fb fb

Program Pengukuhan Libat Sama Masyarakat, tingkat kesedaran peniaga dan penjaja kecil

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Program Pengukuhan Libat Sama Masyarakat bagi Pelan Strategik penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilancarkan bagi mendekatkan hubungan penguat kuasa dengan masyarakat.

Program dianjurkan Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PPMKL) dengan kerjasama DBKL.

Menurut Presiden PPMKL, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim program ini antara lain meningkatkan kesedaran peniaga dan penjaja kecil berhubung peraturan menjalankan perniagaan, termasuk kepentingan pengambilan suntikan Thyphoid yang diwajibkan kepada pengendali makanan.

(Gulam Muszaffar bercakap kepada pemberita selepas
penyerahan kad suntikan Typhoid kepada peniaga dan
penjaja kecil di tapak Pasar Malam Jalan Kuching, di sini)

"This is program yang kita nampak kita turun, kita mendekati masyarakat dan disamping itu juga kita membawa satu risalah baru di mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bawah jabatan penguatkuasaan untuk bersama membuat kerjasama secara terus bersama dengan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..itu sebenarnya tujuan dan objektif asalnya," kata Gulam Muszaffar di sini.

Pada program tersebut, suntikan Thyphoid ditawarkan pada harga serendah RM60 berbanding caj semasa RM90.

"Kerana itu kita turun disini dan tadi apabila saya tengok sudah ramai yang turun berkenaan saman dan kita juga terus di sini ada kaunter bergerak untuk dapatkan suntikan Thyphoid yang mana memang wajib untuk setiap penjaja dan setiap peniaga yang menguruskan penjualan makanan juadah, memang perlu ada," katanya.


Media Baharu