fb fb fb fb fb

Dua laluan utama di Tanah Merah ditutup

TANAH MERAH, 18 Disember- Dua laluan utama di daerah Tanah Merah, Kelantan ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas ditenggelami air susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Menurut Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohamad Yusoff Hassan, dua laluan tersebut membabitkan jalan ke Loji Air Bukit Remeh dan Jalan Bukit Panau-Bendang Nyior.

Manakala, tiga lagi laluan di daerah itu hanya dibuka satu lorong kepada semua jenis kenderaan.

"Berlaku cerun runtuh, kita dah dapat maklumat di Jalan Bukit Pauh, Kuala Tiga dibuka satu lorong sahaja.

Di Jalan Tanah Merah Kusial Kampung Ipoh Batu 8 dan di Kampung Ipoh, Kampung Baru Ulu Kusial juga dibuka satu lorong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi memindahkan penduduk terjejas banjir di sini.

(Mohamad Yusoff Hassan, Ketua Jajahan Tanah Merah)

Mohamad Yusoff turut menasihati penduduk dan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati serta berwaspada sengan keadaan banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Media Baharu