fb fb fb fb fb

Proses penggalian tanah runtuhan dilakukan dengan berhati-hati

BATANG KALI, 18 Disember - Proses penggalian tanah runtuhan menggunakan jentera pengaut di tapak perkhemahan Father's Organic Farm dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan jentera terkena mayat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, proses peringkat awal melibatkan kerja mengorek dan mengeluarkan tanah runtuhan sedalam tiga atau empat kaki untuk memudahkan mayat mangsa dikesan.

Beliau berkata, selepas itu pasukan penggalian akan berhenti dan membuat pemeriksaan sama ada melalui unit anjing pengesan K9 atau secara manual.

"Sekiranya tiada tanda-tanda menunjukkan mayat, proses penggalian diteruskan secara perlahan untuk mengelak pengaut jentara terkena pada mayat," katanya.

Proses penggalian tanah runtuhan juga dipantau oleh seorang anggota pasukan penyelamat yang akan memberi panduan dan arahan mengenai cara-cara penggalian dilakukan.

(Proses penggalian tanah runtuhan dipantau seorang anggota pasukan penyelamat)

Beliau berkata setakat pagi tadi, sebanyak lapan unit jentera pengaut digerakkan ke lokasi dan berkemungkinan ditambah mengikut kesesuaian.

Media Baharu