PUTRAJAYA, 3 Oktober 2023- Program Pencampuran Biodiesel Nasional bakal beri impak positif kepada alam sekitar, pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kajian saintifik membuktikan, penggunaan biodiesel berasaskan sawit dapat mengurangkan gas rumah hijau serta meningkatkan kualiti udara.
Secara tidak langsung program itu menurutnya, dapat membantu merealisasikan ikrar Malaysia pada Persidangan Iklim 2015 (COP 21), ke arah mengurangkan pelepasan karbon menjelang 2030.
"Komitmen negara kita dalam Top 21 ialah untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45-peratus. Dan untuk itu saya kira semua pihak memainkan peranan drp peringkat kerajaan, agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Dalam hubungan ini, Petronas juga telah membuktikan komitmen mereka dan disokong oleh MDK sama2 untuk kita membangunkan dan memastikan bahawa kita dapat beralih kepada mengeluarkan bahan tenaga yang lebih mesra kepada alam", kata Fadillah ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Biodiesel Sawit ke-4 di sini.
Persidangan itu bertemakan 'Balancing Carbon Neutrality, Energy Security & Social Impact' berlangsung selama dua hari bermula semalam, serta menghimpunkan pemain industri sawit dari serata ASEAN dan negara-negara lain.
(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/FOTO RTM)