PUTRAJAYA, 3 Oktober - Bermula tahun depan, tempoh permohonan baharu sijil Halal dipendekkan kepada 23 hari bekerja.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keputusan tersebut dibuat selepas menerima banyak aduan yang mendakwa proses dan tempoh permohonan yang terlalu lama diambil bagi kelulusan.
"Pengeluaran sijil halal terlalu lewat yang menyebabkan kelewatan di dalam pengedaran untuk pasaran domestik dan pasaran luar negara.
"Ada rungutan mengatakan sijil halal hanya dapat dikeluarkan selepas sembilan bulan daripada tarikh permohonan ada yang hingga ke peringkat 2 tahun", kata Zahid yang ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal di sini.
( Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO RTM)