fb fb fb fb fb

188,102 suri rumah mencarum SKSSR

KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Seramai 188,102 suri rumah telah mencarum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 September lalu.

Bagi meningkatkan jumlah penyertaan, Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyarankan agar kempen promosi dipergiat.

Beliau turut menyeru suri rumah untuk mencarum demi keselamatan dan kesejahteraan diri, dengan bayaran hanya RM120 setahun, suri rumah boleh mendapat perlindungan sewajarnya.

Sejak SKSSR dilaksanakan pada Disember 2022 sebanyak 476 kes diproses Perkeso, melibatkan bencana domestik, keilatan, dan kematian suri rumah dengan jumlah bayaran faedah hampir RM622,000.

"Sering kali suri rumah ini dianggap tidak diberi perhatian. Jadi ini adalah salah satu daripada skim, bolehlah berikan mereka sedikit perlindungan dan Datuk Seri Azman beritahu bahawa kalau ada kemalangan atau memang dapat bayaran baliklah lebih daripada apa yang pencarum carumkan," kata Dr. Wan Azizah, di sini.

(Isteri Perdana Menter Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bercakap kepada
pemberitra ketika merasmikan Karnival Aspirasi MADANI dan
Kempen Ayuh Daftar Suri@PERKESO di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak)

Program turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Media Baharu