fb fb fb fb fb

Fasiliti Pasar Siti Khadijah perlu naik taraf

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 3 Oktober- Penyelenggaraan Pasar Siti Khadijah memerlukan perancangan yang lebih bersepadu bagi tempoh jangka panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, proses naik taraf pasar itu perlu kerana pasar berkenaan menjadi ikon penting bandar Kota Baharu.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja untuk keselamatan tetapi juga buat keselesaan golongan peniaga bagi memacu ekonomi di kawasan perniagaan tersebut.

"Syukur kerana tidak ada kemalangan. Saya nampak sesuatu perlu dilakukan demi keselamatan peniaga di sini.

"Insya-Allah, saya akan berunding dengan pihak berkuasa tempatan yang menguruskan bangunan di sini", katanya ketika melakukan tinjauan di Pasar Sti Khadijah di sini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, pasar itu sudah berusia lebih 35 tahun dan kini peniaga memerlukan satu bangunan yang kondusif dan selamat.

"Kita minta naik taraf pasar agar selamat dan selesa", katanya di sini.

Selain itu, menurut Ahmad Nazri turut berkata pasar berkenaan memerlukan naik taraf pendawaian elektrik.




(Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim)

Media Baharu