fb fb fb fb fb

Program Pemindahan Ilmu, perkukuh hubungan universiti dan masyarakat

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

LUMUT, 15 Februari - Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti di negara ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, program berkenaan membolehkan pihak universiti memenuhi agenda kemasyarakatan, sekali gus menyangkal persepsi terhadap universiti yang terputus hubungan daripada realiti dunia sebenar.

"Kalau kita lihat dalam konteks Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mereka mempunyai kepakaran tersendiri kerana setiap universiti kita di Malaysia kita ada kepakaran-kepakaran mereka.

"UMT sebagai contoh mereka pakar dalam ekonomi biru ataupun blue economy dan juga yang berkaitan dengan industri ataupun perikanan lautan marin dan sebagainya," kata Zambry.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Projek KTP Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat MADANI Pangkor di Kampung Tengah, Pulau Pangkor.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan perancangan membangunkan Galeri Ternakan Kelulut sebagai pusat sehenti yang mengumpulkan produk komuniti, selain memperkenalkan keunikan dan warisan Pulau Pangkor. Ia hasil cetusan idea ketika lawatan peserta projek ke UMT dan program komuniti bimbingan universiti.

TETITIA YUSOFF