fb fb fb fb fb

Program pembersihan pantai kembali dianjurkan di Kuala Langat

(Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan membersihkan pantai sempena Sambutan
Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa 2022 Peringkat Daerah Kuala Langat
)

KUALA LANGAT, 10 September - Program pembersihan pantai sempena dengan Sambutan Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa 2022 Peringkat Daerah Kuala Langat kembali dianjurkan selepas dua tahun tidak diadakan akibat COVID-19.

Program cetusan anakanda Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mampu memberi impak positif terhadap inisiatif pemeliharaan alam sekitar selari dengan hasrat pembangunan mampan di bawah Agenda Global 2030.

Penganjurannya memberi kesan yang baik dalam usaha membendung isu semasa berkaitan dengan perubahan suhu, pencemaran di lautan dan daratan.

Ini termasuk aktiviti penerokaan alam semula jadi oleh pihak tidak bertanggungjawab.


(Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan menanam anak pokok tanjung di sekitar 
 Dataran Pantai Baharu Morib)

Di samping itu, baginda turut perkenan merasmikan program 'Pledge And Plant A Tree' (PAPAT) anjuran Institut Perancang Malaysia (MIP).

Sebanyak 50 anak pokok tanjung ditanam di sekitar Dataran Pantai Baharu Morib pada hari ini.

Program tersebut seiring dengan matlamat mewujudkan bandar rendah karbon dan juga Agenda Penghijauan Malaysia menerusi kempen menanam 100 juta pokok bagi tahun 2021 hingga 2025.

Media Baharu