fb fb fb fb fb

Program Aspirasi Merdeka 2022: PERLISfm raikan pendengar

KANGAR, 10 September- Pendengar stesen radio PERLISfm hari ini diraikan dalam program Aspirasi Merdeka 2022 yang diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra, Kangar.

Ia juga sebagai inisiatif untuk meraikan pendengar yang setia bersama stesen berkenaan selepas lebih 30 tahun penubuhannya.

Penerbit program, Nor Aziah Ahmad berkata pelbagai aktiviti disediakan khusus untuk pendengar yang hadir bermula jam 8 pagi tadi hingga 12 tengah hari.

Antaranya pameran lukisan mural yang bertemakan Keluarga Malaysia, pertandingan pakaian tercantik bertemakan Keluarga Malaysia, lawatan ke konti radio, pertunjukkan kereta antik, pertunjukan ‘skateboard’ dan basikal BMX serta persembahan artis dan band.


( Aksi cilik dalam pertandingan pakaian tercantik bertemakan Keluarga Malaysia)

"Sebagai penghargaan pada mereka di mana apabila kita berpindah ke tempat baharu ini, kita belum lagi jemput ramai pendengar-pendengar kita untuk sama sama datang melawat kompleks baharu kini ini, jadi boleh la ramai ramai pendengar PERLISfm yang dari dulu sehingga kini yang setia dengan kita dapat saksikan di samping ada mural kita juga ada pelbagai pengisisan lain," katanya.

Nor Aziah berkata demikian pada program Aspirasi Merdeka 2022 di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra, Kangar.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penyiaran Perlis, Azman Hashim.

Lebih 500 pengunjung hadir ke program tersebut.


(Peserta yang mengambil bahagian dalam pertunjukan ‘skateboard’ dan basikal BMX)

Media Baharu