fb fb fb fb fb

Industri pelancongan lonjakkan pertumbuhan ekonomi Labuan

(Program Labuan Historical and Geo-Heritage Tour 2.0 dilaksanakan Jabatan Muzium Labuan
dengan kerjasama Jabatan Laut Labuan)

LABUAN, 10 September - Industri pelancongan antara industri yang diberikan perhatian untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Labuan.

Justeru, satu program Labuan Historical and Geo-Heritage Tour 2.0 dilaksanakan Jabatan Muzium Labuan dengan kerjasama Jabatan Laut Labuan.

Menurut Pengarah Jabatan Muzium Labuan, Rohana Husin, program dilaksanakan sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan Geopark Labuan sebagai kawasan pelancongan yang mana telah mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan.

Selain itu juga bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat akan nilai sejarah tapak-tapak-warisan geologi di Labuan yang juga boleh dilestarikan sebagai lokasi pembelajaran berasaskan sejarah.


(Program Labuan Historical and Geo-Heritage Tour 2.0 dilaksanakan Jabatan Muzium Labuan
dengan kerjasama Jabatan Laut Labuan)

"Saya berharap tapak-tapak bersejarah terutamanya binaan rumah api binaan seratus tahun ini mendapat pengiktirafan warisan kebangsaan supaya dapat meningkatkan lagi pelancongan atau pelancong –pelancong yang datang ke Labuan ini untuk melihat lebih dekat dan mengetahui asal usul rumah api di Labuan ini," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke kawasan Rumah Api di Pulau Kuraman dan Pulau Papan, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Laut Labuan, Alimuddin Amirudin yang turut merasmikan Hari Terbuka Alat Bantuan Pelayaran sempena sambutan World Marine Aids To Navigation (WATON) Day peringkat Labuan.

"Kita buka untuk hari ini bagi membolehkan masyarakat di Labuan supaya dapat mengunjungi rumah api supaya mereka tahu bahawa alat bantuan ini amat penting dalam sistem pengangkutan laut dan sambutan ini kita adakan Insya-Allah setahun sekali bermula daripada tahun ini lah," menurut Alimuddin.

Seramai 50 peserta menyertai program itu terdiri pemandu pelancong, ketua-ketua kampung, persatuan, badan bukan kerajaan dan juga golongan belia.

Media Baharu