fb fb fb fb fb

Program pemberian kit asas sanitari wanita, tangani isu kemiskinan haid

IPOH, 30 Mac - Kerajaan Perak serius dalam menangani isu kemiskinan haid dengan menyasarkan 2,000 penerima melalui Program Pemberian Kit Asas Sanitari Wanita (PROKiS).

Ia meliputi kes di setiap daerah di negeri itu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata penerima PROKiS merupakan remaja perempuan dan wanita berumur di antara 12 hingga 45 tahun daripada kategori B40.

Jelasnya, kemiskinan haid merujuk individu wanita yang tidak mampu memiliki tuala wanita dan produk kebersihan disebabkan faktor kewangan.

(Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak,
Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin)

"Program PROKiS ini bukan hanya menumpukan kepada pemberian kit asas sanitari wanita malah elemen advokasi dan aspek pendidikan akan diterapkan kepada penerima tentang pentingnya ilmu pengurusan haid," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14, di sini.

Tambah Norashikin, selain ketiadaan kemudahan sanitari, penerima juga berdepan kekurangan prasarana seperti akses air bersih, kekurangan pendidikan pengurusan haid serta privasi
dalam menguruskan haid.

Media Baharu