fb fb fb fb fb

Program Mencungkil Bakat Anak-Anak Langkawi, lahir perintis bola sepak

Datuk Azim Osman

LANGKAWI, 11 Ogos- Program Mencungkil Bakat Anak-Anak Langkawi disertai lebih 50 kanak-kanak di daerah Langkawi untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Ia merupakan program pembinaan bola sepak peringkat akar umbi yang melibatkan pelajar sekolah rendah di daerah itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Bola Sepak Daerah Langkawi Datuk Azim Osman, program itu bertujuan melahirkan komuniti mengamalkan budaya hidup sihat serta menghindari aktiviti pelencongan sosial.

"...pada tahun-tahun akan datang untuk mencari bakat muda ini kita akan wujudkan satu pertandingan liga bawah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu M5 iaitu peringkat daerah dan bakat-bakat muda ini yang akan kita ketengahkan juga," kata Azim Osman.

Tambah beliau, mencungkil bakat anak-anak kecil tidak mudah kerana ia memerlukan sokongan dan dorongan ibu bapa dalam memastikan anak masing-masing berjaya mencapai matlamat dalam sukan diceburi.

Pendedahan di peringkat akar umbi itu penting untuk melahirkan perintis bola sepak di masa hadapan terutama sebagai pelapis pasukan negeri.

Program berkenaan hasil kerjasama, Kenari Kids, Helang FC dan juga Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI