fb fb fb fb fb

Banjir di Perak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup

Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Basia Lama dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik dibuka tengah hari semalam

IPOH, 11 Ogos- Banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi.

Kedua-dua PPS tersebut di daerah Hulu Perak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Basia Lama dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik dibuka tengah hari semalam susulan kejadian banjir yang berlaku melibatkan beberapa buah kampung.

"Antara kampung terlibat adalah Kampung Badaring; Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

"Secara keseluruhan, seramai 105 penduduk daripada 36 keluarga telah dipindahkan ke dua PPS tersebut sebelum ianya ditutup pagi tadi," kata kenyataan itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI