fb fb fb fb fb

Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah sasar 100,000 pengunjung

Pelbagai acara disediakan menerusi Program MADANI Rakyat

KUALA SELANGOR, 22 Februari - Kerja-kerja persiapan Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor Sukan Kuala Selangor giat dilakukan bagi memastikan program tersebur berjalan lancar.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelerasan Lonjakan Prestasi (PACU) Mohd Zammidi Mohd Asri berkata, hingga hari ini persiapannya sudah pun mencapai hampir 90 peratus.

Katanya, penganjuran program selama tiga hari itu yang bermula esok, menyasarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung.

"Bagi memudahkan pengunjung yang datang kita menyediakan pelbagai kemudahan-kemudaha asas seperti kemudahan pengangkutan, trem dan sebagainya untuk sampai ke lokasi ini dan selain daripada itu kita juga menyediakan kemudahan musola, tandas bergerak dan sebagainya. Program ini dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi untuk kemudahan pengangkutan itu kita sediakan dalam tempoh berkenaan di sekitar kawasan stadium," kata Mohd Zammidi, di sini.

Turut diadakan pada program itu ialah karnival kerjaya, Jualan Agro Madani Mega MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset kerajaan sepanjang program itu berlangsung.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah bakal disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad 25 Februari yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan persekutuan dan negeri.

TETITIA YUSOFF