fb fb fb fb fb

Program Khidmat Bantu Kasih santuni OKU di Kangar

KANGAR, 8 Oktober - Program Khidmat Bantu Kasih diteruskan dengan menyantuni seorang Orang Kurang Upaya (OKU), Azizul Hashim di Kampung Teluk Jambu, Bintong.

Program itu melibatkan 30 peserta anjuran Pejabat Parlimen Kangar dan Pejabat DUN Bintong dengan kerjasama Persatuan Komuniti Kebajikan Sukarelawan Negeri Perlis (PVAC), Persatuan Bekas Pelajar SMK Putra 1983-1987, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk Kampung Teluk Jambu.

Menurut Pengerusi Program Khidmat Bantu Kasih, Azahar Hassan peserta yang hadir bersama-sama berganding bahu membersihkan sekitar rumah agar lebih bersih dan bagi mengelakkan pembiakan aedes serta haiwan berbisa.

"Selain persekitaran rumah, turut dibersihkan dalam rumah yang dihuni Azizul disebabkan pergerakan terbatas dengan berkerusi roda setelah sebelah kaki dipotong akibat kencing manis," kata Azahar pada Program Khidmat Bantu Kasih di Kampung Teluk Jambu, Bintong.

Selain pembersihan kawasan rumah, Persatuan Komuniti Kebajikan Sukarelawan Negeri Perlis (PVAC) turut menyerahkan bakul makanan, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan pembaikan rumah.

(Azizul Hashim terharu dan berterima kasih atas bantuan menerusi Program Khidmat Bantu Kasih)

Media Baharu