fb fb fb fb fb

Program keusahawanan digital, KPT komited lahir generasi berdaya saing

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited meneruskan program keusahawanan dan digital bagi melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing dan mampu mencipta pekerjaan sendiri.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan KPT Nooraidah Abdullah berkata, inisiatif tersebut menyasarkan pelajar universiti tempatan bagi memperkukuh kebolehpasaran kerja sekali gus memenuhi permintaan industri.

"Dalam pelan pembangunan pendidikan tinggi itu memang kita hendak tanamkan minda rangka kerja penciptaan pekerjaan. Mereka akan dibantu dari segi peningkatan kemahiran, kemahiran semula terutama dalam bidang digital kerana tidak semua subjek di universiti berteraskan digital dan bidang digital sangat mendapat permintaan yang tinggi dalam industri", katanya dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angakasapuri.


(Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Kebolehpasaran Graduan dan
Keusahawanan KPT Nooraidah Abdullah)

Katanya menerusi inisiatif itu lebih 220,000 pelajar terlibat dalam aktiviti keusahawanan di kampus manakala 17,000 lepasan uiversiti pula meneruskan aktiviti keusahawanan mereka selepas tamat pengajian.

KPT turut membangunkan Pelan Pembangunan Keusahawanan memfokuskan kepada usaha membantu graduan membina syarikat pemula (start up) mereka sendiri yang menjadi platform keusahawanan terbaik.

Tahun lalu, sebanyak 781 syarikat pemula (start up) yang berasaskan teknologi dan inovasi berjaya ditubuhkan.

Media Baharu