fb fb fb fb fb

Program Kampung Angkat Madani, Balai Raya naik taraf jadi PPS

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 2 November - Naiktaraf Balai Raya kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS), menjadi antara 14 projek yang akan memanfaatkan penduduk Kampung Sinaran Baru, di sini dan kawasan sekitar, menerusi Program Kampung Angkat Madani dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Ketua Pengarah JTM, Datuk Rospiagos Taha berkata, projek naik taraf longkang turut dijalankan bagi menggelakkan banjir kilat.

Antara usaha lain, dengan memperkenalkan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), membina bot serbaguna dan membuat sistem tunda dan serta pemuat bot bagi kemudahan penduduk setempat.

"Tahun lepas (2024) dan awal tahun ini (2025), kampung ini telah dilanda banjir besar sehingga paras dada. Kami berpendapat, salah satu perkara yang paling penting untuk diutamakan adalah penyediaan bot beserta enjin bagi memudahkan penduduk dipindahkan lebih awal sebelum bantuan daripada agensi luar tiba," katanya selepas merasmikan Karnival Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani di Balai Raya Kampung Sinaran Baru, di sini.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN