fb fb fb fb fb

Program kacau bubur Asyura eratkan ukhuwah penduduk

Program Kacau Bubur Asyura/Foto RTM

PADANG TERAP, 15 Julai - Semangat kebersamaan dan tradisi warisan Islam terus disemarakkan melalui penganjuran Program kacau bubur Asyura, di Dewan Terbuka Kampung KEDA Bukit Kura, Pedu, Kedah.

Seramai 100 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daerah Padang Terap bersama-sama bergotong royong bersama penduduk setempat bagi menyediakan pelbagai variasi bubur Asyura sebagai lambang perpaduan dan semangat gotong-royong yang masih utuh diamalkan dalam organisasi serta komuniti.

Program dimeriahkan dengan kehadiran Penolong Pengurus AIM Wilayah Keda, Azhariyah Mohd Saad dan Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Bubur tersebut diagihkan kepada tetamu yang hadir menjadi hidangan istimewa yang menyatukan rasa dan nilai simbolik bersempena bulan Muharam.

Program itu bukan sahaja menghidupkan budaya tradisional masyarakat Melayu-Islam, malah turut memperkukuh ikatan ukhuwah dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN