JOHOR BAHRU, 30 April- Sasaran RM28 juta hasil jualan, mampu dicapai, sekali gus melebihi sasaran RM25 juta menerusi program Jualan Semarak Syawal 2022 yang berlangsung sejak 24 April.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Ahmad Hamzah berkata, ia hasil penyertaan 797 cawangan jualan, merangkumi pasar tani, pasar tani kekal dan agro bazar rakyat.
Setakat semalam, sebanyak 390 cawangan pemasaran terlibat program itu, berjaya menyumbangkan RM10 juta.
Inisiatif program itu memastikan usahawan terlibat dapat menjual pelbagai barangan sebelum Aidilfitri.
"Negeri Johor sekurang-kurangnya satu daripada negeri yang kita kenal pasti telah banyak mengeluarkan produk- produk pertanian bukan sahaja dapat dipasarkan untuk keperluan tempatan bahkan ada produk-produk yang menembusi pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jualan Semarak Syawal Peringkat Negeri Johor, 2022, di Pasar Tani Datin Halimah, Johor Bahru.
(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Ahmad Hamzah)