fb fb fb fb fb

Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin dapat sambutan penduduk

(Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin di Taman Seri Terachi Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 22 September- Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin di Taman Seri Terachi Kuala Pilah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pelbagai jenis barangan keperluan seperti  telur, ikan, ayam dan sayuran-sayuran di jual dengan harga yang berpatutan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi, program tersebut perlu diadakan sekerap mungkin dalam usaha meringankan beban masyarakat khususnya penduduk kampung.

"Ini satu inisiatif yang baik dari kerajaan negeri dan merupakan satu gerak kerja yang menjadi baik untuk kita membantu masyarakat di peringkat kampung, taman dan seluruhnya.

"Harga yang ditawarkan memang jauh bezanya, daripada harga di pasar pasar atau di kedai biasa. hampir 30%,"katanya.

Sementara itu, rata-rata penduduk di Taman Sri Terachi serta kawasan sekitar amat berpuas hati dengan harga jualan yang ditawarkan menerusi  tersebut.

Menurut Bssri Abu Samah, jualan murah yang diadakan di kawasan berkenaan cukup bermanfaat buatnya sekeluarga, apalagi dirinya kini bergelar pesara.

"Jadi dengan adanya pasar jualan murah daripada pertanian ni, Alhamdulillah boleh digunakan untuk menampung keperluan seharian dengan keadaan mendesak hari ini,"katanya.

Sementara itu, bagi suri rumah, Kamsiah Mat Noor, jualan berkenaan seeloknya diadakan dengan kerap memandangkan kini harga barangan di pasaran sedang meningkat naik.

"Senang bagi penduduk, faham-faham lah sekarang barang keperluan tengah mahal, kalau boleh mohon diteruskan la lagi jualan sebegini,"katanya.


(ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi)

Media Baharu