fb fb fb fb fb

Azalina saksi pemeteraian MoU antara AIAC, SADRC galak amalan terbaik timbang tara

(FOTO FB AZALINA OTHMAN SAID)

KUALA LUMPUR, 22 September- Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia; AIAC Kuala Lumpur dan SOAS University of London Arbitration and Dispute Resolution Centre; SADRC bekerjasama mempromosikan amalan terbaik berkaitan penyelesaian pertikaian termasuk timbang tara.

Kolaborasi itu membolehkan aktiviti pengajaran dan penyelidikan dalam penyelesaian pertikaian alternatif diperluas, selaras amalan terbaik antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kolaborasi tersebut akan mengeratkan hubungan dan komitmen United Kingdom (UK) dan Malaysia yang mempunyai sejarah kerjasama yang panjang.

Sementara itu, Pengarah AIAC Sundra Rajoo berkata, perkongsian inovatif tersebut bukan sahaja memanfaatkan kedua-dua negara, malah rantau Asia dan Afrika.

Datuk Seri Azalina turut menyaksikan majlis tandatangan perjanjian persefahaman; MoU bagi kerjasama tersebut di London, semalam.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakri Jaafar.


(FOTO FB AZALINA OTHMAN SAID)

Media Baharu