fb fb fb fb fb

Program Jelajah Ramadan MelakaFM dijadikan contoh

MELAKA, 28 Mac- Program Jelajah Ramadan MelakaFM perlu diperluas dan menjadi contoh kepada jabatan serta agensi kerajaan negeri yang lain dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata,program sebegini sangat baik yang sekurang-kurangnya dapat memberi cahaya kepada gologan kurang berkemampuan dalam bulan Ramadan ini.

 
(Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin)

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap program ini akan berterusan pada masa akan datang dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan serta sedia memberi kerjasama kepada MelakaFM dalam menjayakannya.

“Nampaknya kali ini alhamdulillah RTM menyapa berada di sini Masjid An-Nu kita sangat alu-alukan saya kira program ini yang cukup baik yang saya kira harus di juga kalau agensi-agensi kerajaan lain dapat buat yang sama program sebegini dan ia selain darapada kita masak bubur lambuk pagi ini kita akan buat ziarah kasih ke lima buah rumah yang berada di persekitaran Peringgit ini selain daripada bantuan kepada asnaf dan juga ibu tunggal yang berada di kawasan ini juga ini adalah program yang cukup baik," katanya ditemui pada Hari kedua Program Jelajah Ramadan MelakaFM 2023 yang menjelajah ke sebuah Masjid dan lima rumah mereka kurang berkemampuan di sekitar Peringgit, bagi menyampaikan sumbangan.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali

Program jelajah dimulakan dengan gotong-royong menyediakan bubur lambuk di Masjid An-Nur Peringgit, sebelum ziarah kasih di lima rumah mereka kurang berkemampuan di kawasan berkenaan bagi penyampaian sumbangan.

 

Media Baharu