fb fb fb fb fb

Lewat buka sempadan, Malaysia dikedudukan ke-32 dalam WCR

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Kelewatan pembukaan semula sempadan antarabangsa adalah faktor utama penurunan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,  trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara-negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19.

Trend itu menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke-32 dalam WCR IMD 2022 berbanding tangga ke-25 pada 2021.


(Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

"Jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membuka keperluan untuk mengimbangi nyawa dan kelangsungan hidup rakyat", katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Tambahnya, antara faktor lain adalah persepsi komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa terhadap peraturan dan undang-undang yang dilihat sebagai kekangan dan kurang mesra perniagaan.

Sehubungan itu,  MITI sedang memperhalusi cadangan untuk memudahkan perniagaan bagi membantu syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang ingin melabur di Malaysia.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil Kubang Pasu, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Media Baharu