fb fb fb fb fb

Pemantauan kegiatan peminta sedekah harus dilakukan

PERINGGIT, MELAKA, 28 Mac- Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan bagi membanteras kegiatan peminta sedekah di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, tindakan segera perlu ambil berikutan kegiatan berkenaan semakin berleluasa khasnya membabitkan orang asing.


(Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kalsom
Noordin pada
Program Jelajah Ramadan MelakaFM 2023 bersama 
Pengarah Penyiaran Melaka Mohd Yusni Mohamed Ali)

Beliau berkata, pemantauan secara kerap perlu dilakukan oleh pihak terbabit khasnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan tumpuan seperti di Bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi mengelakkan ketidakselasaan masyarakat.

“Tapi kita mintalah jabatan yang bertanggungjawab, iaitu jabatan JPN segera adakan penguatkuasaan setiap perayaan atau pun tempat-tempat sebegini sama sekali macam semalam dikhabarkan wanita itu adalah wanita rohingya dan kita tengok sendiri dalam bakul dia ada duit banyak RM50 ada RM5,

"Perkara ini harus diambil berat oleh jabatan berkenaan, kena hantar penguatkuasa supaya bukan kita dengki atau pun kita tidak berhati perut tetapi sesungguhnya dihari yang mulia ini kita tidak mahu ada perkara-perkara yang sebegini berlaku, saya pun tidak senang hati apabila orang ramai, netizen sendiri yang membuat hebahan ini," katanya ketika ditemui pada Hari kedua Program Jelajah Ramadan MelakaFM 2023 yang menjelajah ke sebuah Masjid dan lima rumah mereka kurang berkemampuan di sekitar Peringgit, bagi menyampaikan sumbangan.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali.

Media Baharu