fb fb fb fb fb

Perumahan sakit, kerajaan negeri perlu kenal pasti projek berupaya pulih

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Komitmen kerajaan negeri diperlukan bagi mengenal pasti projek yang sesuai dan berupaya untuk dipulihkan tahun ini, bagi memelihara kesejahteraan pembeli rumah yang terjejas.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata sehingga bulan lalu, sebanyak 145 projek perumahan swasta lewat dari kemajuan semasa dan 436 pula dikategorikan sebagai sakit daripada 3,117 projek perumahan swasta berlesen.

Daripada keseluruhan projek tersebut, sebanyak 20 projek perumahan swasta sakit telah berjaya diselesaikan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Enam projek sakit pula telah dipantau rapi sehingga dikategorikan sebagai projek lancar.

Ini merupakan pencapaian positif sejak penubuhan Jawatankuasa Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

Bagaimanapun beliau juga tidak menafikan statistik projek perumahan swasta lancar, lewat dan sakit sentiasa mengalami perubahan status kemajuan setiap bulan disebabkan oleh data yang dinamik dan pertambahan projek baharu.

"Contohnya kerajaan negeri telah ada jawatankuasa yang khusus untuk melihat, menilai keadaan projek terbengkalai dan juga sakit ini adalah Kerajaan Negeri Selangor dan kemajuan di bawah Perbadanan Negeri Johor melalui kaedah ini adanya peruntukan yang kita tawarkan untuk 2023.

"Kita harap juga kerajaan negeri dapat menubuhkan jawatankuasa khas terutama negeri yang ada projek sakit bagi memastikan kelancaran usaha kita memulihkan projek terbengkalai," katanya.

(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Beliau bercakap dalam sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Media Baharu