fb fb fb fb fb

Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang LRT

JOHOR BAHRU,28 Mac- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke melahirkan kekesalan dan memohon maaf kepada penumpang tren transit aliran ringan, LRT melibatkan laluan Kelana Jaya mengalami kerosakan teknikal semalam.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke)

"Saya kesal dan mohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat terutama warga kerja yang bergegas pulang untuk berbuka puasa. Sudah tentu apa yang berlaku pada waktu puncak semalam memberikan kesan kepada penumpang," katanya.

Beliau telah mengarahkan pihak Prasarana Malaysia Berhad untuk mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan dan mengenal pasti masalah teknikal yang dihadapi tren berkenaan.

Menurutnya, sepanjang tempoh 2 minggu terdapat beberapa laporan mengenai kerosakan teknikal, membabitkan LRT dan MRT.

Dalam pada itu, beliau menghormati hak mangsa-mangsa nahas LRT Kelana Jaya pada 2021, yang memfailkan saman ke atas Rapid Rail Sendirian Berhad dan Prasarana Malaysia Berhad.

Media Baharu