fb fb fb fb fb

Kerajaan tegas perangi salah guna kuasa dan ketirisan perolehan

(Persidangan Dewan Negara)

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Isu ketirisan tadbir urus turut dibangkitkan di Dewan Negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan kerajaan telah menetapkan tatacara dan prosedur kewangan di dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan Pekeliling Perbendaharaan.
 
Pegawai awam perlu mematuhi tatacara perolehan semasa yang telah ditetapkan agar perolehan yang dilaksanakan dapat memberi nilai faedah terbaik kepada Kerajaan.
 
"Tatacara perolehan yang disediakan juga telah mengambil kira elemen integriti di mana semua pihak yang terbabit bermula daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal sehingga Lembaga Perolehan Agensi dikehendaki untuk mengisytiharkan kepentingan persendirian atau kepentingan terletak hak serta perlu menandatangani 'Integrity Pac' tsebagai usaha untuk mengelakkan ketirisan, penyelewengan atau salah guna kuasa,"katanya.

Kerajaan turut  memutuskan mengambil langkah khusus dalam memerangi penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam perolehan Kerajaan dengan cadangan untuk merangka Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan (RUU PK).
 
RUU PK ini digubal dengan objektif untuk mewujudkan satu bentuk perundangan bagi mengawal selia proses Perolehan Kerajaan, memperincikan kuasa-kuasa pihak berkepentingan di bawah Akta dan mewujudkan mekanisme semak dan imbang demi memastikan tata kelola yang baik serta memenuhi amalan terbaik antarabangsa.

Beliau menyata demikian menjawab soalan Senator Datuk Seri Vell Paari.


(Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan)

Media Baharu