LIMBANG, 3 April - Program Jelajah Ramadan di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang diteruskan dengan menyantuni golongan mualaf, sebagai salah satu aktiviti program itu.
Penerbit program Jefri Lahap berkata, program tersebut turut berkolaborasi dengan beberapa jabatan dan agensi di daerah itu.
"Ini adalah salah satu Program Jelajah Ramadan di LIMBANGfm yang mana kita menyantuni saudara baru kita ataupun mualaf di bahagian Limbang ini. Dan kita telah pun berusaha untuk menyumbangkan sumbangan bersama dengan pihak agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Petronas yang sama-sama menjayakan program kita," kata Jefri di sini.
(Jefri bercakap kepada pemberita selepas Program Menyantuni Saudara Baru)
Sementara itu, pelaksanaan program tersebut disambut baik oleh saudara baru.
"Saya berterima kasih kepada semua yang menyumbangkan kepada kami untuk bulan Ramadan kali ini, dan juga berterimakasih lah kepada semuanya," kata Siti Khairani Abdullah.
"Saya besyukurlah dan mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas sokongan pada saya. Saya mengucapkan semua terima kasih semuanya mudah-mudahan murah rezeki kita yang ada beri bantuan sama saya," kata Dayang Asnah Abdullah.