fb fb fb fb fb

Dana Industri Belia Kreatif Sarawak, golongan belia diseru manfaatkan peluang

KUCHING, 3 April- Golongan belia di negeri dipelawa untuk merebut peluang mendapatkan Dana Industri Belia Kreatif Sarawak dibawah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi mengangkat bakat bukan sahaja dalam bidang kemahiran kebudayaan dan kesenian malah dalam keusahawanan.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dana yang telah dimulakan sejak dua tahun lalu, kini berjumlah RM7 juta dan pemohon tidak perlu membuat pembayaran balik.

"Dengan wujudnya portfolio baru dalam kementerian iaitu Pembangunan Usahawan, dana itu juga dapat digunakan sebagai modal bagi belia yang ingin berkecimpung dalam bidang berkenaan," kata beliau dalam sidang media selepas majlis perasmian Program Youth Entrepreneur Setup (YES) and Financing di Dewan Suarah Kuching.


(Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
berucap dalam majlis perasmian Program Youth Entrepreneur Setup (YES) and Financing)

Sementara itu dalam sidang media yang sama beliau turut mengalukan penubuhan kelab belia di Sarawak bagi memudahkan penyertaan golongan belia dalam program serta inisiatif yang diadakan dibawah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Media Baharu