fb fb fb fb fb

Atas sambutan menggalakkan , Program Borak Dulu Baru Buka kembali

KUALA LUMPUR, 3 April - Program Borak Dulu Baru Buka musim kedua kembali dengan menampilkan konsep baharu yang lebih menarik.

Disiarkan di saluran TV RTM program itu mendapat sambutan diluar jangkaan pada Ramadan tahun lalu.

Sesi santai dan bersahaja dalam menyampaikan ilmu bermanfaat sepanjang Ramadan ini antara pendekatan yang bakal disajikan.

Antara kelainan pada musim ini adalah hadiah akan diberikan setiap hari kepada penonton yang bertuah.

(Abdul Rah'man ditemui RTM)

"Kita memang memberi hadiah setiap hari kepada para penonton yang bersama dengan kami. Penonton yang tonton dan menelefon Program Borak Dulu Baru Buka kemungkinan mereka menjadi pemanggil bertuah dan menerima baucer RM250 tajaan pusat pakaian hari-hari," kata penerbit program itu, Abdul Rah'man Mahadi di sini.

Istimewanya lagi lagu montaj program musim kali ini dinyanyikan sendiri oleh pengacara program.

"Saya nak ajak anda semua seluruh ahli keluarga berkampung depan tv, sambil berbuka puasa dihidangkan dengan pengisian dari kami. Insyallah dalam kita berseronok, ada juga ilmu yang kita dapat dan mudah-mudahan ada pahala daripada Allah Azwajalla," kata pengacaranya Amin Idris.

Media Baharu