fb fb fb fb fb

Program Jejak Prihatin Perlis, manfaatkan golongan memerlukan

BESERI, 24 September - Aspirasi Prihatin Malaysia menerusi Program Jejak Prihatin di Perlis memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk program itu, pendekatan turun padang ke rumah asnaf, pesakit terlantar dan mangsa bencana dengan sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Pengerusi Aspirasi Prihatin Malaysia Negeri Perlis, Hashimah Ismail berkata sebanyak 100 penerima bakal mendapat manfaat menerusi Jejak Prihatin dan hanya diberikan kepada yang benar-benar layak, tanpa mengira latar belakang politik kaum dan agama.

Walaupun terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menghulurkan sumbangan, setiap daripadanya mempunyai cara tersendiri bagi melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk sama-sama berkongsi rezeki.

(Sebanyak 100 penerima bakal mendapat manfaat menerusi Jejak Prihatin)

"Lebih banyak NGO diharap terus menjayakan misi-misi kemanusiaan dan kebajikan dimana setiap sumbangan yang disalurkan sedikit sebanyak boleh meringankan beban untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup," kata Hashimah Ismail, pada program Jejak Prihatin , di sini.

Pada program itu beliau menziarahi empat penerima sekitar Beseri bersama Jawatankuasa Masjid Al Hakim Padang Malau, Pertubuhan Kebajikan dan Kerja Amal Beseri serta Persatuan Kebajikan Joggers Perlis.

Usaha membantu dan meringankan beban golongan memerlukan ini akan dilaksanakan secara berterusan melalui sesi lawatan, santuni, serta mendengar masalah dan keluhan golongan ini.

Media Baharu