fb fb fb fb fb

PM gesa percepat urusan kemasukan pelabur luar

Foto FB Menteri

NEW YORK, 24 September- Kelulusan segera perlu diberikan dalam mempercepat urusan kemasukan pelabur termasuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim langkah itu penting untuk bersaing dalam menarik masuk pelaburan.

Kaedah terbaik itu perlu direalisasi oleh kementerian terlibat, antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mesyuarat kabinet akan membincangkan berhubung isu spesifik mengenainya.

"Kita tidak boleh bertangguh kerana kita hidup dalam dunia yang kompetitif. Kita tangguh enam bulan, negara lain meluluskan dalam tempoh dua bulan.

Kamu rugi, kerana sikap negara akan rugi. Ini perkara yang kita akan terus pantau," kata Anwar memberitahu media Malaysia di New York.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan kepercayaan terhadap keupayaan di peringkat penjawat awam yang memproses permohonan berkenaan sekali gus meletakkan tanggungjawab penting dalam terhadap kelancaran itu.

Gerak kerja itu dilihat penting dalam memastikan negara tidak ketinggalan dalam merebut peluang pelaburan dari luar negara.


(Foto Fail)

Media Baharu