LAHAD DATU, 24 September- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited memastikan tiada pelajar tercicir untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kerana masalah kewangan.
Oleh itu, PTPTN menyediakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 kepada pelajar layak bagi menampung perbelanjaan awal ke IPTA.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata sejak diperkenalkan pada tahun 1999, seramai 969,046 pelajar mendapat manfaat melibatkan peruntukan RM1.43 bilion.
Turut diperuntukkan RM46.34 juta kepada 30,893 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Oktober 2023.
Beliau berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran WPP, PTPTN di Lahad Datu.
Di Sabah, 3,321 pelajar bagi sesi kemasukan Oktober ini layak menerima WPP dengan peruntukan RM4.98 juta.
(Foto FB KPT)