fb fb fb fb fb

UNGA: Kenyataan tegas negara mengenai isu antarabangsa raih pujian

NEW YORK, 24 September- Tiga segmen lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New York akan dituruti dengan tindakan susulan sekembalinya beliau dan menteri kabinet terlibat ke Malaysia.

Menyampaikan kenyataan negara di pentas Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), sesi tanpa henti mesyuarat bilateral dan pertemuan perniagaan disifatkan pencapaian memuaskan dalam lawatan tersebut.

Menurut Anwar kandungan kenyataan negara yang tegas menyentuh isu antarabangsa terutamanya berkaitan kepentingan keselamatan palestin, Rohingya serta gesaan penyelesaian konflik Rusia-Ukraine mendapat pujian dan diraikan negara-negara yang mempunyai pandangan selari dengan Malaysia.

Di luar UNGA ke-78, Anwar dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendalami lagi langkah mengatasi Islamophobia.

Kedua-dua pemimpin negara Islam berkenaan akan mengepalai sendiri beberapa pertemuan dan perbincangan mengenai Islamophobia yang akan diatur.

Selain Turkiye, kesempatan hadir di New York itu dimanfaatkan untuk mengukuh perbincangan dengan melakukan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi, Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' Al Sudani, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Juga mengadakan pertemuan dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat (AS) mengenai iklim, John Kerry dan dengan Pengerusi Eksekutif Extractive Industries Transparency Initiative, Helen Clark.

Fokus mengembangkan ekonomi negara pula dibuat melalui pertemuan perniagaan dan sesi penerangan bersama syarikat-syarikat Fortune 500 yang merupakan barisan syarikat-syarikat besar di AS berdasarkan pendapatan fiskal mereka.

Juga dan sesi interaktif bersama Invest Malaysia New York yang mengkhusus kepada pelaburan dan sukuk.

"Tentunya saya mahu buat yang terbaik untuk negara. Saya bernasib baik, pasukan yang bekerja seperti Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Antarabangsa serta agensi lain telah membuat persiapan awal. Jadi bila kita bekerja sebagai satu pasukan, kita lihat hasil terbaik," kata Anwar.

Menurut Anwar, penglibatan semua ini akan memanfaatkan negara pada masa hadapan.


(Di luar UNGA ke-78, Anwar dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan
mendalami lagi langkah mengatasi Islamophobia.)

Media Baharu