fb fb fb fb fb

Program Jalinan Kasih Ummah pupuk semangat perkasa ummah mahasiswa KUIPs

FOTO MEDIA KUIPs

MATA AYER, 3 Disember- Seramai 61 orang pelajar diploma Kolej Universiti Islam Perlis yang mengikuti kursus Khidmat Ummah bagi Semester September Sidang Akademik 2023/2024 menjayakan Program Jalinan Kasih Ummah di Pusat Jagaan Teratak Rahmat.

Menurut Pengarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) KUIPs, Anas Zakwan Mohd Sobri, pelaksanaan program ini menekankan beberapa teras iaitu komunikasi dua pihak, kerjasama, tolak-ansur dan banyak lagi menjadi satu adunan dalam menjayakan program tersebut yang memberi kekuatan kepada semua pelajar kursus Khidmat Ummah ini dalam menjalinkan ukhwah bersama anak-anak di Pusat Jagaan Teratak Rahmat.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuklah aktiviti kerohanian iaitu solat Dhuha, Tazkirah Dhuha, Klinik Iqra’dan Tadabur al-Quran dan seterusnya aktiviti- aktiviti fizikal bersama-sama 42 anak-anak Pusat Jagaan Teratak Rahmat yang berusia 5 hingga 16 tahun.

Program turut dihiasi dengan ceramah kesihatan melalui pengisian modul kognitif dan kesihatan diri yang memfokuskan tentang kemahiran kognitif dalam meningkatkan fokus otak dalam pembelajaran dan seterusnya kesedaran penjagaan diri.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penutupan Perasmian Program Jalinan Kasih Ummah di Pusat Jagaan Teratak Rahmat.

Pelaksanaan program sebegini antara matlamat kursus Khidmat Ummah yang telah disyaratkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bagi pelajar-pelajar diploma di KUIPs dalam usaha melatih pelajar dengan realiti kandungan hasil pembelajaran melalui perancangan dan pelaksanaan program yang berimpak kepada masyarakat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE