fb fb fb fb fb

MAIWP peruntuk RM20 juta bantu penduduk terjejas banjir

Dr Mohd Na’im Mokhtar

HULU LANGAT, 3 Disember- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM20 juta bagi membantu penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dana tersebut telah disalurkan kepada Yayasan Taqwa MAIWP yang bertindak selaku penyelaras program Bantuan Musibah.

Beliau, pada Sabtu menyampaikan sumbangan Bantuan Musibah dan Bakul Rahmah di Hulu Langat, Selangor.

"Semoga dengan bantuan yang diberikan ini akan sedikit sebanyak meringankan kesukaran serta kesussahan hidup yang mereka ini lalui.

"Diharap mereka bersabar dengan ujian daripada Allah ini, dan semoga musibah ini menjadikan mereka lebih hampir kepada Allah SWT,"katanya.

Pada majlis tersebut beliau menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai serta Bakul Rahmah kepada 354 ketua isi rumah KIR yang terjejas daripada 10 kampung di daerah itu yang terkesan dengan ribut dan banjir pada September lalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE