fb fb fb fb fb

Program IPR: Tingkat taraf hidup penduduk setempat

Foto RTM

KOTA KINABALU, 2 Julai- Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melalui Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi luar bandar.

Ia turut meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Menurut Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Sabdil Tanjong, projek ladang nanas di Kota Marudu turut membuka ratusan peluang pekerjaan kepada penduduk, termasuk golongan belia.

"Jadi, kami berpendapat bahawa perlu untuk melaksanakannya secara komersial. Kampung Gana ini merupakan satu model yang bersifat komersial.

"Apabila kami melihat keberkesanan projek ini, kaedah pelaksanaan ini merupakan satu titik perubahan penting untuk mengubah taraf hidup penduduk luar bandar.

"Kami amat berharap agar program-program seperti itu dapat diteruskan oleh pihak kerajaan, terutamanya Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas bersiaran secara langsung dalam Sini Ada Cerita-Selamat Pagi Malaysia di Studio TV RTM Sabah di sini.

Menurut Sabdil, ladang itu turut membolehkan pekerja menerima insentif harian sehingga RM50.

Pendapatan bulanan pula boleh mencecah sehingga RM2,000 bagi mereka yang aktif.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM