fb fb fb fb fb

3,000 KRT sertai Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk

(Program Jom Masak Bubur Lambuk peringkat negeri Terengganu di Besut)

BESUT, 2 April- Sebanyak 3,000 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara menyertai Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk menerusi inisiatif anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Pengarah Institut Kajian dan Latihan JPNIN, Abdul Hadi Mohd Salleh berkata, program berkenaan bertujuan memperkasa aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan dalam KRT.

Ujarnya, sambutan menggalakkan diterima pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Rakan Strategik Perpaduan.

"Kita anggarkan seramai 60,000 penyertaan rukun tetangga yang akan mengikuti program Jom Masak Bubur Lambuk melibatkan 600,000 bekas bubur lambuk," katanya selepas program itu peringkat negeri Terengganu di sini.

Pada program itu, sebanyak 11,400 pek bubur lambuk turut diagihkan kepada orang ramai.

(Abdul Hadi Mohd Salleh)

 

Media Baharu