(Peserta bergotong-royong menyediakan 20 kawah bubur lambuk)
RAUB, 1 April- Sebanyak 20 kawah bubur lambuk dimasak sempena Program Gerak Rahmah 2023, Jom Masak Bubur Lambuk, Ziarah Rahmah Dan Iftar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2023 di Dewan Komuniti Kampung Simpang Kallang, Raub Pahang.
Program tersebut diadakan secara bergotong-royong dan serentak di seluruh negara.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan antara komuniti di sini.
Dianggarkan sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk akan diedarkan kepada penduduk setempat di Kampung Simpang Kallang, Raub Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka akan menyempurnakan program itu pada pukul 3.00 petang ini.
Program dijayakan 400 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung dan kawasan sekitar.
(Peserta bergotong-royong menyediakan 20 kawah bubur lambuk)