(Datuk Seri Ahmad Maslan membuat lawatan kerja ke CIQ KSAB Gelang Patah, Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 1 April- Permohonan peruntukan hampir RM45.5 juta bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor Bahru akan disegerakan.
Memberi jaminan itu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jelasnya, Kementerian Kewangan (MoF) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yakin dapat meluluskan peruntukan selepas permohonan dibuat.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perbincangan turut dibuat melalui beberapa agensi dan Pejabat Belanjawan Negara.
Projek terlibat ialah penambahan akses laluan masuk ke zon meunggu kenderaan berat import dan eksport; serta menggabung dan membina bumbung dewan bagi penumpang bas ‘inbound’ dan ‘outbound’.
Selain menyediakan kemudahan seperti kafe, surau dan tandas serta membuka laluan kontra dari Malaysia ke Singapura.
"Tahun ini sebabnya isu kesesakan sudah menjadi isu besar itu sebab ada jawatankuasa kabinet dan segala perkara yang boleh dipsersiapkan seger, kita akan siapkan segera terutama dari segi peruntukan peruntukan,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke CIQ KSAB Gelang Patah, Johor Bahru.
Ketika ini laluan kontra hanya melibatkan Singapura ke Malaysia yang dibuka jika berlaku kesesakan, terutamanya pada hujung minggu, cuti atau perayaan.
(Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media selepas membuat
lawatan kerja ke CIQ KSAB Gelang Patah, Johor Bahru)