fb fb fb fb fb

Program Digital Niaga@Borong perkasa usahawan IKS

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terus diberi perhatian menerusi pelancaran Program Digital Niaga@Borong di Bandar Tun Razak.

Ia antara lain bagi memperkasakan usahawan IKS untuk mengikuti perkembangan keperluan landskap digital yang bergerak pantas ketika ini.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program turut memfokus kepada pemasaran semasa, pembiayaan dan invois untuk peniaga dan pembeli serta perancangan sumber perusahaan digital.

"Jadi ini adalah program khusus membantu usahawan-usahawan kecil menguruskan perniagaan mereka dengan lebih efisyen dan sistematik, aplikasi ini memfokuskan kepada pengurusan semasa," katanya ketika berucap pada pelancaran program berkenaan, di sini hari ini.

(Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)

Program Digital Niaga@Borong dijayakan menerusi kerjasama agensi kerajaan dan institusi perbankan.

Ia turut terarah kepada menangani cabaran dihadapi IKS dalam mendapatkan kredit daripada bank tradisional untuk mengembangkan operasi mereka.

Media Baharu