fb fb fb fb fb

Polis Kedah bersedia sepenuhnya hadapi Pilihan Raya Dewan Negeri

(Foto fail)

ALOR SETAR, 28 Jun- 4,794 pegawai dan anggota polis Kedah bersedia sepenuhnya dalam penugasan tempoh 60 hari bagi menghadapi Pilihan Raya Dewan Negeri yang dijangka diadakan pada bulan Ogos.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,035 pegawai dan anggota diletakkan bawah penugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 646 bawah penyeliaan Pusat Undi manalaka 646 lagi diletakan bawah penugasan 50 meter.

Menurutnya, tenaga kawalan keselamatan sepanjang pilihan raya turut dibantu pegawai dan anggota Bukit Aman, Sukarelawan Simpanan Polis Kedah  serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), keseluruhannya melibatkan 8,207 anggota dan pegawai polis.

"Kita akan bekerjasama dengan SPR untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman," kata Fisol dalam sidang media di sini.

(Datuk Fisol berkata polis Kedah bersedia sepenuhnya hadapi Pilihan Raya Dewan Negeri)

Beliau juga menegaskan untuk sebarang perhimpunan sebelum sesi penamaan calon, penganjur perlu mengemukakan rayuan secara pos berdaftar Akuan Terima, kiriman cepat atau serahan tangan sekukrang-kurangnya lima hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan.

Sebarang perhimpunan sebelum penamaan calon adalah tertakluk bawah Akta Perhimpunan Aman APA 2012 (Akta 736).

Selepas penamaan calon diadakan, calon boleh mengadakan perhimpunan awam, ceramah awam atau syarahan dengan mendapatkan permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah.
 

Media Baharu